
MEMBONGKAR RAHSIA SIHAT DI AKHIR ZAMAN
......................
Sebuah Perjalanan Mencapai Tahap Kesihatan Fizikal, Mental & Rohani Yang Holistik Di Akhir Zaman.
Sesuai Untuk Suami & Isteri Serta Semua Yang Ingin Mengubah Cara Hidup Kepada Norma Bersesuaian Dengan Adab & Budaya Islam Serta Resam Tradisional.
Bagi Yang Hendak Selamat Daripada Sebarang Fitnah & Tipu Daya Akhir Zaman, Anda WAJIB Daftar!
SIHAT AKHIR ZAMAN 2025
اللهم صل على محمد وآل محمد
Dalam keadaan kehidupan yang sangat mencabar di akhir zaman ini, sudah pasti anda tercari-cari sumber pengetahuan tambahan yang sahih, boleh dipercayai, berasas dan mempunyai dalil serta padat dengan nasihat-nasihat yang tepat ke sanubari anda. Maka atas sebab-sebab tersebut, kami terpanggil untuk mewujudkan group private ini bagi membantu serta membimbing anda baik secara online mahupun offline.
Untuk makluman anda, ini BUKAN group pertama anjuran kami sebaliknya ini sudah tahun kelima kami melaksanakan program group bimbingan private seperti ini. Alhamdulillah sudah beratus orang yang berjaya kami bantu untuk menambah baik kehidupan berkeluarga mereka. Walaupun bukan semua yang berjaya, namun setiap tahun ada pertambahan baharu jumlah ahli kami.
Di dalam group private ini anda akan didedahkan dengan lebih banyak ilmu tentang kesihatan am, kesihatan kekeluargaan, kesihatan Islam, adab berkehidupan, moral kehidupan, pembinaan jati diri, sahsiah bernegara serta pengetahuan tentang sejarah Islam dan sejarah pembangunan dunia. Anda juga akan terdedah dengan input-input asas politik serta geopolitik dunia dan pengetahuan am tentang pergolakan dunia yang kompleks. Semua ini bakal didedahkan kepada anda bertujuan untuk menambah pengetahuan anda, mengaktifkan sel-sel otak agar lebih kerap berfikir serta menguatkan jati diri sebagai umat Islam di akhir zaman.
Paling penting adalah, kaedah kami yang mencakupi hampir semua aspek amatlah berkesan dalam mendepani sebarang masalah kehidupan di akhir zaman. Kami sangat menitikberatkan kaedah penyembuhan alami serta berasaskan amalan sunnah Baginda Rasulullah SAWAW serta para Aimmah Itrah Ahl Bait dan juga amalan tradisi datuk nenek moyang kita terdahulu. Di dalam group ini, kami akan ajarkan kepada anda bagaimana kaedah hidup sihat dan bebas daripada segala jenis dadah berjadual atau racun berjadual. Tiada sebarang perkara kompleks yang kami ajarkan sebaliknya semuanya amat mudah difahami, straight to the point, tepat menusuk kalbu dan sesuai untuk semua lapisan usia.
Sumber rujukan utama kami adalah Al-Quran, Sunnah Baginda Rasulullah SAWAW, panduan Aimmah Itrah Ahlul Bait berserta kitab-kitab perubatan tradisional Islam dan Melayu seperti Risalah Az-Zahabiyah, Tibbun Nabawi, Qanun fit Tibb, Risalah Kesihatan, Perukunan Herba dan sebagainya. Manakala buku perubatan moden kami jadikan sebagai panduan kedua.
Dengan Menyertai Group Ini, Anda Akan Menerima;
- ✅ Akses ke Private Group selama 1 tahun (sesi 2025)
- ✅ Akses ke semua kelas offline secara PERCUMA (kecuali kursus berbayar)
- ✅ Akses ke semua kelas online secara PERCUMA
- ✅ Akses ke Majlis-majlis bulanan yang diadakan secara offline
- ✅ Diskaun khas apabila anda membuat booking di Pusat Terapi kami
Siapakah Yang Perlu Menyertai Group Ini;
- ✅ Seorang lelaki bergelar suami - WAJIB bagi anda menambah ilmu pengetahuan asas terhadap kesihatan kekeluargaan demi membimbing keluarga anda kepada kehidupan berlandaskan syariat Islam dan mencapai sakinah mawaddah wa rahmah.
- ✅ Seorang wanita bergelar isteri - Penting untuk anda faham tanggungjawab sebenar anda sebagai isteri dalam mendepani dunia penuh fitnah di akhir zaman ini kerana madrasah pertama bagi anak-anak anda adalah para IBU.
- ✅ Anak muda remaja - Penting untuk anda menyertai kami sebagai persediaan anda sebelum memasuki alam rumah tangga.
- ✅ Seorang yang berugama Islam - Penting sebagai umat Islam untuk mengetahui nilai-nilai kesihatan menurut neraca pandang Islam dan tanggapan tradisi para ulama terdahulu, bukan menurut kamus kesihatan barat yang diatur oleh amerika dan isrehell.
Syarat-syarat Menyertai Group Ini;
- ✅ Berugama Islam sahaja.
- ✅ Berusia 18 tahun ke atas.
- ✅ Berjantina lelaki & wanita sahaja. 2 alam tidak dibenarkan masuk.
- ✅ Boleh menerima kaedah Islamik, tradisi serta tidak terikat dengan kaedah moden semata-mata.
- ✅ Bersedia membuka fikiran untuk menerima input baharu yang mungkin diluar kebiasaan.
- ✅ MEMPUNYAI TELEFON BIMBIT & AKSES KE APLIKASI WHATSAPP & TELEGRAM (kerana kelas online akan diadakan di telegram dan perbincangan harian di aplikasi whatsapp)
Undang-Undang Tubuh Group Private;
- ❌ Dilarang sama sekali memulakan pertelingkahan. Elakkan perbalahan sesama ahli group.
- ❌ Dilarang bergaduh, menggunakan kata-kata kesat atau membuat provokasi sesama ahli group.
- ❌ Dilarang menyebarkan sebarang bentuk link penipuan, scam, pishing, unauthorized sales dan seumpamanya.
- ❌ Dilarang menyebarkan sebarang bentuk link affiliate atau perniagaan tanpa izin admin; seperti link shopee & tiktok.
- ❌ Dilarang menyebarkan fahaman salafi, wahabi, atau apa sahaja aliran fahaman berbentuk ekstrimis atau ghuluw.
- ❌ Tidak dibenarkan berurus niaga sesama ahli group tanpa izin admin walau dengan kaedah "pm tepi".
- ❌ Tidak dibenarkan membawa perbincangan politik berunsur kepartian yang keterlaluan.
Sebarang bentuk pelanggaran Undang-undang Tubuh Group akan mengakibatkan anda dikenakan AMARAN 1x dan boleh terus ditendang daripada group tanpa prejudis.
Tanpa melengahkan masa, ayuh daftar sekarang!
Harga pendaftaran hanya RM 180 seorang.
Sekiranya anda tidak mampu, anda boleh memilih pembayaran ansuran pada harga RM 90 untuk bayaran pertama.
Bayaran kedua boleh dibuat pada bulan berikutnya pada harga RM 90 juga.
Ansuran tanpa faedah.
SILA PASTIKAN ANDA MENGISI BUTIRAN YANG TEPAT KETIKA MENGISI BORANG.
PASTIKAN NO TELEFON YANG ANDA TULIS MEMPUNYAI AKSES KE WHATSAPP & TELEGRAM KERANA KAMI AKAN INVITE MANUAL.
Kegagalan anda memasukkan no telefon yang betul atau no telefon tiada akses whatsapp, akan mengakibatkan kerugian dipihak anda.
Sekiranya anda menukar telefon di masa akan datang dan anda terkeluar daripada group, maka anda boleh menghubungi kami untuk memasukkan nombor anda semula ke group. Pastikan anda masih menyimpan resit bayaran keahlian group anda.
Sekian terima kasih dan jumpa anda di group private nanti...!
YURAN PENDAFTARAN SESI 2025;
Untuk 100 orang terawal
RM 150 / pax
RM 200 / Suami & Isteri
Untuk ahli berikutnya...
RM 180 / pax
RM 300 / Suami & Isteri
Ansuran: RM 90 bulan pertama
RM 90 bayaran kedua pada bulan berikutnya.
Untuk mendapatkan diskaun Suami Isteri, sila pilih PAKEJ SUAMI ISTERI ketika hendak buat bayaran.
Kemudian sila isi butiran Suami & Isteri dalam butiran Peserta #1 dan Peserta #2.
Pastikan no telefon suami & isteri di letakkan bersama.
DAFTAR SEKARANG DENGAN MEMBUAT PEMBAYARAN DI BAWAH !