TRIP KEMBARA UMRAH BK 2025

 JOM DAFTAR UNTUK TUNAIKAN UMRAH PERTAMA ANDA !

    ......................
Umrah merupakan satu ibadah wajib yang dituntut di dalam ugama Islam yang merupakan sebahagian daripada Rukun Islam kelima.


Umrah pertama setiap umat Islam adalah WAJIB. Untuk itu dituntut agar kita semua melaksanakan umrah wajib pertama kita bagi yang berkemampuan, sekiranya belum berpeluang menunaikan ibadah Haji.


Bagi yang ingin menunaikan Umrah dengan tenang, penuh pengisian ilmiah & rohani serta jadual beribadah yang sangat padat, inilah peluangnya. Inilah trip yang anda cari selama ini. Dengan harga yang mampu milik dan kondisi yang sangat menyamankan untuk anda beribadah dengan khusyuk...


Dijemput untuk daftar menyertai Trip Umrah kami segera kerana tempat adalah terhad...!


Hanya dibuka kepada 35 orang sahaja...!!


RM 6000.00 SAHAJA Seorang ALL IN !!!!

**Diskaun Khas Untuk Kanak-kanak bawah 2 Tahun


DEPOSIT: RM 300 Sahaja!!!

Baki boleh dibayar secara ansuran 40 hari sebelum penerbangan.

Tiada bunga, tiada interest !!!






KEMBARA UMRAH BK 2025


اللهم صل على محمد وآل محمد

Alhamdulillah, setelah kejayaan trip pertama kami pada tahun 2024, sekali lagi kami bakal berangkat menunaikan Umrah untuk tahun 2025. Ini merupakan trip kedua kami dan rancangan kali ini kami ingin membawa lebih ramai orang untuk turut serta.


Bagi yang ingin merasai suatu pengalaman yang sungguh dahsyat nikmatnya berada di tanah Suci Makkah & Madinah, beribadah dengan penuh khusyuk, ditambah dengan pengisian jiwa yang sangat padat serta dibimbing Umrah oleh BK sendiri dan Mutawif jemputan yang berpengalaman. Inilah peluangnya bagi anda yang ingin turut serta dalam perjalanan rohani menunaikan Umrah di Tanah Suci dalam keadaan penuh khusyuk, tawadhu' dan menggetarkan jiwa...


Trip Kembara Umrah 2025 kali ini InsyaALLAH akan berangkat ketika musim luruh (autumn) dan sesuai untuk disertai oleh para anak muda, dewasa, warga emas, kanak-kanak dan mereka yang ingin pergi dengan keluarga. Trip ini akan dijadualkan akan berangkat sama ada pada bulan September / Oktober / November 2025. Jadual penerbangan dan butiran lengkap akan diumumkan kemudian hari setelah semua urusan tempahan selesai kami uruskan.


Untuk itu, kami buka pendaftaran terlebih dahulu buat mereka yang berminat untuk menyertai trip ini. Anda hanya perlu mendaftar dengan membuat pembayaran deposit sahaja. Manakala pembayaran penuh trip hanya perlu dibuat 40 hari sebelum tarikh penerbangan yang akan diumumkan di dalam group jemaah nanti InsyaALLAH.


Anda boleh mendaftarkan diri anda dan ahli keluarga anda yang berminat untuk turut serta. Kami galakkan bagi mereka yang pertama kali ingin menunaikan Umrah untuk turut serta bersama kami. InsyaALLAH trip kali ini terbuka buat semua lapisan usia, walaubagaimanapun perlu diketahui trip ini TIDAK SESUAI untuk mereka yang ada masalah penyakit kronik.


PERHATIAN: Setiap wang deposit yang telah dibayar adalah TIDAK DIKEMBALIKAN. Wang ini akan ditolak kepada amaun bayaran penuh yang bakal anda buat kelak. Sekiranya anda ingin membatalkan penyertaan anda, wang deposit juga TIDAK DIKEMBALIKAN, namun anda boleh menukar nama kepada orang lain untuk mengisi slot anda tersebut. Wang deposit ini kami gunakan untuk tujuan pengurusan kami.



Butiran TRIP KEMBARA UMRAH BK 2025

Jadual Penerbangan: September / Oktober / November 2025 (Tertakluk Kepada Pengumuman)

Terbuka: Dewasa, kanak-kanak dan warga emas

Tema: Perjalanan Kerohanian & Jejak Sejarah

Hari: Minimum 12 hari 10 malam (tertakluk kepada perubahan)

Harga: RM 6000.00 seorang (3 tahun ke atas)

Harga 2 Tahun & Kebawah: TBA

Deposit: RM 300.00 sahaja! (Tidak dikembalikan)

Slot: Terhad kepada 35 orang sahaja

Pembahagian Group:

Group A = Muda, sihat & cergas

Group B = Warga emas, berkeluarga, bawa anak kecil

Penerbangan: Oman Air / Royal Jordanian / Air Arabia / Emirates 

Hotel Makkah: Dibawah 500m daripada Haram (⭐⭐)

Hotel Madinah: Dibawah 250m daripada Haram (⭐⭐⭐)

Transport: Bas baharu berhawa dingin

**Hotel tidak disediakan makan.


Harga Pakej Termasuk:

  • Visa Ziarah
  • Tiket penerbangan
  • Airport Transfer
  • Penginapan Hotel Selesa (dekat dengan Masjid)
  • Kursus Umrah Percuma
  • Bimbingan Rohani
  • Bimbingan Umrah
  • Bimbingan Kesihatan
  • Mutawif Umrah
  • Umrah Bersama BK
  • Beg sandang dan beg kasut PERCUMA
  • Air Zam-zam diberikan InsyaALLAH ketika pulang, seorang sebotol
  • Makanan kesihatan asas dan ubat-ubatan asas


Harga Pakej ini TIDAK TERMASUK :

  • Makan minum sepanjang trip (akan ada jadual makan bersama-sama dengan duit kongsi)
  • Perbelanjaan sampingan / shopping
  • Kain Ihram dan peralatan Umrah (perlu beli sendiri)
  • Beg bagasi (perlu beli sendiri)



Dengan Menyertai TRIP KEMBARA UMRAH BK 2025 Ini, Anda Akan Menerima;

  • Bimbingan Umrah bersama BK berjalan kaki penuh bagi yang muda, sihat dan cergas (3x Umrah) (A)
  • ✅ Bimbingan Umrah bersama mutawif jemputan bagi warga emas, berkeluarga, dan bagi yang tidak cergas (B)
  •  Ziarah Makkah & Madinah bersama rombongan ( A&B )
  •  Ziarah dalam Makkah berjalan kaki bersama BK (A)
  • ✅ Ziarah dalam Madinah berjalan kaki bersama BK ( A )
  • ✅ Ziarah Rasulullah SAWAW & Raudah Taman Syurga Dunia (A&B)
  • ✅ Ziarah Bonda Sayyidah Khadijah Al-Kubro (A)
  • ✅ Ziarah Bonda Sayyidah Fatimah Az-Zahra (A)
  • ✅ Ziarah Imam Hassan Al-Mujtaba, cucu Rasulullah SAWAW (A&B)
  • ✅ Ziarah Imam Ali Zainal Abidin, Imam Muhammad Al-Baqir Imam Jaafar Sadiq (A&B)
  • ✅ Ziarah Quba berjalan kaki bersama BK (A) / Menaiki bas bersama Mutawif (B)
  • ✅ Ziarah Telaga Salman Al-Farisi & Telaga Imam Ali (jika sempat) (A)



Siapakah Yang Perlu Menyertai TRIP KEMBARA Ini;

  • ✅ Mereka yang ingin menunaikan Umrah.
  • ✅ Mereka yang pertama kali hendak berangkat Umrah.
  • ✅ Mereka yang pernah Umrah ingin mengulangi Umrah dalam pengalaman baharu.
  • ✅ Mereka yang nak belajar tunaikan Umrah cara Ahl Bait.
  • ✅ Mereka yang ingin merasai nikmat khusyuk beribadah di Tanah Suci.
  • ✅ Mereka yang nak tahu lebih dalam sejarah Islam disekitar Makkah & Madinah.
  • ✅ Mereka yang berangkat Umrah untuk beribadah BUKAN berjalan-jalan / bercuti.
  • ✅ Mereka yang nak pergi Umrah tapi tak mahu dibadsinasi.
  • ✅ Mereka yang nak tunaikan Umrah dengan gaya sihat dan sempurna.



Anda Tidak Perlu Menyertai TRIP KEMBARA Ini Sekiranya;

  • ❌ Anda BUKAN ahli group bknetwork atau BUKAN keluarga kepada ahli group bknetwork.
  • ❌ Anda seorang content creator / tiktokers / instagrammers.
  • ❌ Anda seorang yang tidak lekang dengan hp dan sentiasa nak buat video / live stream.
  • ❌ Anda ingin berangkat Umrah dengan niat berjalan / bercuti / bersiar-siar makan angin.
  • ❌ Anda seorang wahabi dan anti-Ahlil Bait.
  • ❌ Anda seorang vegeterian & feminism.
  • ❌ Anda seorang LGBTQ / 2 alam.


Syarat-syarat Menyertai TRIP KEMBARA Ini;

  • ✅ Berugama Islam sahaja.
  • ✅ Sihat wal afiat atau sekurangnya TIADA penyakit berangkai / kronik.
  • ✅ Berusia 18 tahun ke atas. Bawah 18 perlu bersama ibu / bapa.
  • ✅ Yang membawa anak kecil, perlu cergas dalam mengurus anak agar tidak melambatkan perjalanan jemaah.
  • ✅ Tahu dan faham bahawa tujuan berangkat Umrah untuk beribadah BUKAN untuk bercuti / makan angin.
  • ✅ Berjantina lelaki & wanita sahaja. 2 alam tidak dibenarkan ikut serta.
  • ✅ Boleh menerima kaedah Islamik, tradisi serta terbuka menerima ilmu dan input baharu.
  • ✅ Bersedia membuka fikiran untuk menerima input baharu yang mungkin diluar kebiasaan.
  • Mampu membayar baki yuran trip 40 hari sebelum tarikh penerbangan yang akan diumumkan kemudian. TIADA penangguhan bayaran. Kegagalan bayaran penuh 40 hari sebelum tarikh penerbangan maka nama akan dibatalkan dan wang deposit TIDAK DIKEMBALIKAN.



Undang-Undang Tubuh TRIP KEMBARA UMRAH BK 2025;

  • ❌ Dilarang sama sekali memulakan pertelingkahan. Elakkan perbalahan sesama para jemaah.
  • ❌ Dilarang bergaduh, menggunakan kata-kata kesat atau membuat provokasi sesama ahli jemaah.
  • ❌ Dilarang membawa perbincangan yang mengakibatkan kekeliruan kepada sesama jemaah.
  • ❌ Dilarang menyebarkan sebarang bentuk link affiliate atau perniagaan atau pakej umrah lain tanpa izin admin.
  • Dilarang menyebarkan fahaman salafi, wahabi, atau apa sahaja aliran fahaman berbentuk ekstrimis / ghuluw.
  • ❌ Tidak dibenarkan berurus niaga sesama ahli jemaah tanpa izin admin walau dengan kaedah "pm tepi".
  • ❌ Tidak dibenarkan membawa perbincangan politik berunsur kepartian yang keterlaluan.
  • ‼️ Anda perlu mematuhi setiap keputusan dan arahan yang dibuat oleh ketua jemaah, iaitu BK.
  • ‼️ Anda perlu menjaga tahap kesihatan pada paras ideal sebelum berangkat Umrah.
  • ‼️ Anda perlu menepati masa disepanjang program Trip Kembara ini berjalan.
  • ‼️ Anda perlu betulkan niat dan fokus tujuan berangkat Umrah adalah untuk Ibadah, bukan bercuti.



HANYA PERLU DEPOSIT RM 300.00 SAHAJA !!

Baki Bayaran Boleh Diselesaikan Secara Ansuran Sehingga 40 Hari Sebelum Tarikh Penerbangan!!

DAFTAR SEGERA !!



Tanpa melengahkan masa, ayuh daftar sekarang!


Kami menjemput anda semua para Duyufurrahman untuk menyertai Trip Kembara Umrah sesi 2025 ini !!


Pendaftaran dibuka sehingga kuota 35 orang dewasa penuh.

Kuota 35 orang adalah tidak termasuk jumlah kanak-kanak bawah 2 tahun.

Kanak-kanak 3 tahun ke atas dianggap seperti dewasa.


SILA PASTIKAN ANDA MENGISI BUTIRAN YANG TEPAT KETIKA MENGISI BORANG.

PASTIKAN NO TELEFON YANG ANDA TULIS MEMPUNYAI AKSES KE WHATSAPP & TELEGRAM KERANA KAMI AKAN INVITE MANUAL.


Setelah membuat bayaran deposit, anda akan dijemput masuk ke group whatsapp TRIP KEMBARA UMRAH BK 2025. Segala informasi mengenai trip ini akan di update dari masa ke semasa di dalam group tersebut. Sila pastikan anda mengisi no telefon yang tepat.


Satu borang untuk satu penama. Sekiranya anda mendaftar ramai, sila isi setiap butiran pada setiap borang peserta.


Kegagalan anda memasukkan no telefon yang betul atau no telefon tiada akses whatsapp, akan mengakibatkan kerugian dipihak anda.


Sekiranya anda menukar telefon di masa akan datang dan anda terkeluar daripada group, maka anda boleh menghubungi kami untuk memasukkan nombor anda semula ke group. Pastikan anda masih menyimpan resit bayaran keahlian group anda.


Tarikh muktamad penerbangan akan diumumkan di dalam group.

Segala persediaan dan butiran lanjut akan dimaklumkan di dalam group.


Sekian dan terima kasih.


DAFTAR SEKARANG DENGAN BAYARAN DEPOSIT DI BAWAH !


PERHATIAN : Setiap wang deposit yang telah dibayar adalah  TIDAK DIKEMBALIKAN . Wang ini akan ditolak kepada amaun bayaran penuh yang bakal anda buat kelak. Sekiranya anda ingin membatalkan penyertaan anda, wang deposit juga  TIDAK DIKEMBALIKAN , namun anda boleh menukar nama kepada orang lain untuk mengisi slot anda tersebut. Wang deposit ini kami gunakan untuk tujuan pengurusan kami.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
KEMBARA UMRAH BK 2025: Deposit 1 orang
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN